Bilakah saya boleh mula mengurangkan berat badan selepas bersalin?
Untuk memberikan sedikit masa bagi badan anda pulih daripada proses
pelahiran dan kelahiran, tunggulah lebih kurang enam minggu sebelum anda
berfikir mengenai menguruskan badan. Ingatlah bahawa bentuk badan anda
mungkin sudah berubah selepas kehamilan, dan anda juga mungkin
menghadapi kesukaran untuk kembali kepada berat badan sebelum hamil.
Anda boleh mula membuat beberapa senaman ringan seperti berjalan,
senaman lantai pelvis dan regangan, sebaik sahaja anda rasa cukup
bertenaga. Tetapi anda harus menunggu kira-kira enam minggu sebelum mula
melakukan senaman yang lebih kuat.
No comments:
Post a Comment