Monday, October 8, 2012

KEJANG BETIS

KEJANG BETIS

Mengapa saya mengalami kekejangan betis pada waktu malam?


Kejang betis adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui.

Oto

t yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda.

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan betis berlaku semasa hamil:
•Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.

•Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.

•Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.


Bagaimanakah saya dapat melegakan kesakitan ini?


Mujurlah kejang betis adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku:
•Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.

•Urut otot yang kejang itu.

•Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.


Bagaimanakah saya boleh mengelakkan kekejangan?


Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam. Namun begitu, tidak pasti samada mengambil suplemen seperti kalsium atau garam magnesium dapat membantu mengelakkan kekejangan.

Anda boleh cuba beberapa langkah berikut untuk melihat samada ia berkesan atau tidak:
•Senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.

•Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.

•Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.

•Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.

•Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.

•Minum banyak air.

Baca artikel kami tentang kaedah rawatan tradisional bagi kejang kaki untuk mendapatkan lebih banyak tip berguna.


Bagaimana kalau kesakitan itu berlarutan?


Ada satu lagi masalah yang jarang berlaku, yang turut menyebabkan sakit kaki, tetapi bukan kekejangan otot. Ini berlaku apabila darah terkumpul pada salur darah di bahagian kaki (venous thrombombolisme). Walaupun ia jarang berlaku, masalah ini adalah serius dan memerlukan rawatan segera. Jumpalah doktor jika:
•kesakitan pada kaki anda tidak surut-surut, dan nyata sekali ia bukannya kekejangan yang berlaku sekali-sekala;

•betis anda membengkak.

HOSPITAL KERAJAAN-GAMBARAN KESELURUHAN

HOSPITAL KERAJAAN : GAMBARAN KESELURUHAN

Hospital-hospital kerajaan di Malaysia terkenal dengan kos penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan yang rendah. Ramai ibu dan keluarga yang memuji hospital kerajaan walaupun tidak dapat memilih doktor yang disukai dan masa menunggu yang panjang.


Apakah bentuk penjagaan yang boleh saya harapkan?


Kebanyakan hospital kerajaan terutamanya yang terletak

di bandar besar seperti Hospital Kuala Lumpur (HKL) mempunyai peralatan lengkap serta pakar-pakar dan jururawat yang terlatih.

Walau bagaimanapun, keadaan bilik-bilik bersalin, wad pelahiran dan amalan mereka berbeza antara satu hospital dengan yang lain. Apa yang sama bagai kesemua hospital di bawah Kementerian Kesihatan di seluruh negara ialah kos rawatan, ubat-ubatan, bilik dan penginapan.

Wad, unit dan tandas di hospital kerajaan adalah bersih dan teratur. Secara umumnya anda terpaksa berkongsi wad dengan ibu-ibu lain, dengan tirai mengasingkan katil untuk privasi. Anda juga akan diberi makan dan minum empat kali sehari. Di hospital yang lebih besar, anda mungkin boleh memilih bilik peribadi pada kos tambahan.

Selain dijaga oleh jururawat, anda akan dipantau oleh doktor pakar dan pegawai perubatan. Keperluan asas anda akan disediakan walaupun mungkin tahap keselesaannya tidak seperti di hospital-hospital swasta.

Selepas anda bersalin, bayi anda akan ditempatkan bersama-sama anda dan tidur di sebelah katil anda. Nurseri di hospital kerajaan adalah untuk bayi yang sakit sahaja. Anda digalakkan menyusu badan (botol susu dan susu formula tidak dibenarkan) dan menjaga diri dan bayi anda sendiri.

Secara purata, seseorang itu mungkin tinggal di hospital untuk jangka masa satu malam (bagi kelahiran normal) hingga beberapa minggu jika terdapat komplikasi.

Siapakah yang akan memeriksa saya?


Doktor dan jururawat sentiasa ada di hospital kerajaan. Selain daripada dijaga oleh para jururawat, anda juga akan dipantau oleh beberapa peringkat doktor, daripada pegawai bertugas dan pegawai perubatan hinggalah kepada doktor pakar dan perunding.

Apakah yang perlu saya bawa?


Lebih baik jika anda periksa dengan hospital di mana anda merancang untuk melahirkan. Dapatkan senarai barang yang perlu anda bawa. Kebanyakan hospital kerajaan menyediakan keperluan asas seperti tuala wanita dan lampin. Anda mungkin perlu membawa beberapa helai baju, kain sarung, selimut, tuala, serta baju untuk bayi.


Bolehkah suami menemani saya?


Mungkin tidak. Kebanyakan hospital kerajaan tidak membenarkan suami menemani isteri semasa pelahiran atau bersalin. Ini adalah untuk melindungi privasi ibu-ibu lain yang turut berada dalam wad tersebut.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah hospital kerajaan yang mesra-bapa dan mungkin membolehkan suami menemani isteri semasa pelahiran dan bersalin. Kemudahan ini mungkin terhad kepada: •hospital yang mempunyai divisyen swasta;
•hospital yang menawarkan bilik peribadi;
•hospital di mana terdapat satu bilik bersalin untuk setiap ibu.


Bolehkah saya melawat hospital dan wad terlebih dahulu?


Walaupun sesetengah hospital mungkin membolehkan anda membuat lawatan berjuru pandu ke wad-wad dan kemudahan-kemudahan di sana, kebanyakannya tidak membenarkan pelawat di dalam bilik bersalin. Ini untuk melindungi privasi pesakit. Sesetengah hospital kerajaan menawarkan kelas-kelas pranatal percuma yang mungkin menyelitkan lawatan ke wad dan bilik bersalin

TIPS PEMAKANAN SEMASA MENYUSU BADAN

TIP PEMAKANAN SEMASA MENYUSU BADAN

Beri tumpuan kepada wholegrain dan bijirin, buah-buahan segar, sayuran dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi. Adalah sangat penting untuk minum air dengan secukupnya untuk memastikan anda sentiasa well hydrated semasa menyusu.

Minumlah 8-10 gelas sehari, ketika menyusu badan, oxytocin dirembeskan dan ini akan membuat anda merasa dahaga

, tetapi ia tidak mengurangkan bekalan susu anda.

Semasa mengandung, cuba kurangkan pengambilan minuman berkafin atau alkohol. Kafina bleh berkumpul di dalam susu badan dan boleh menyebabkan bayi anda terganggu.


Anda boleh meneka ada sesuatu yang tidak kena pada pemakanan anda sekiranya ia menyebabkan bayi anda menangis, fussy atau tidak dapat tidur dengan nyenyak.


Makanlah vitamin dan zat besi secukupnya semasa hamil supaya anda tidak mengalami anemia semasa hamil dan semasa pantang.

Amalkan memakan tablet kalsium kerana ia merupakanbahan yang penting untuk membina tulang bayi. Ramai ibu yang menyusukan bayi kekurangan kalsium lebih-lebih lagi selepas penyusuan eksklusif.

RILEKS SEMASA HAMIL

RILEKS SEMASA MELAHIRKAN

Kebaikan berelaks semasa melahirkan bayi


Berelaks semasa melahirkan bayi memberi sama manfaat seperti aktiviti lain dalam kehidupan seharian:

• Berehat mencegah otot anda dari keletihan terutamanya otot besar di uterus (rahim).

• Ia membantu anda menangani tekanan dengan lebih baik dan membolehkan anda mengalami pelahiran dengan lebih baik.


• Ia membantu anda menyimpan tenaga, supaya anda mempunyai tenaga untuk melahirkan bayi.

• Ia membantu anda berkomunikasi dengan lebih baik bersama orang yang menjaga anda dan membolehkan anda memahami apa yang mereka hendak sampaikan kepada anda.

Sesungguhnya, berehat adalah sama penting untuk bayi dalam ia menghadapi pelahirannya. Jika anda berelaks, anda tidak akan melandakan sistem bayi anda dengan hormon tekanan yang boleh mempercepatkan kadar denyutan jantungnya. Berelaks secara berterusan juga bermakna bahawa anda akan menarik nafas dengan lebih dalam, dan dengan itu bayi anda akan mendapat lebih oksigen.

Bolehkah seorang itu relaks semasa pelahiran?


Ia bukannya mudah tetapi beberapa teknik mudah akan membantu, terutamanya jika anda mendapat sokongan kasih sayang daripada rakan pelahiran anda. Mendapat sokongan yang baik semasa pelahiran adalah satu faktor yang paling penting dalam menentukan pengalaman pelahiran yang positif bagi wanita, di samping hasil positif bagi bayi anda.

Anda mungkin mendapati ianya sukar untuk relaks semasa kontraksi, tetapi ingatlah bahawa kebanyakan wanita tidak berasa sakit dan sebaliknya agak selesa di antara kontraksi. Ini adalah masa yang terbaik untuk memeriksa badan anda, terutamanya bahagian yang sudah menjadi tegang dan relakskanlah bahagian itu (rujuk Kenali badan anda di bawah). Rakan anda boleh membantu anda dengan mengurut dan dengan menenangkan serta memberi anda galakan. Fokus ke atas pernafasan semasa kontraksi dan pernafasan antara kontraksi juga akan membantu.

Di beberapa negara seperti di UK, sesetengah wanita mendapati bahawa pelahiran dalam air adalah sangat menenangkan. Di Malaysia, kemudahan ini terdapat di Pusat Perubatan Pantai di Kuala Lumpur dan Island Hospital di Pulau Pinang.