Monday, October 8, 2012

RILEKS SEMASA HAMIL

RILEKS SEMASA MELAHIRKAN

Kebaikan berelaks semasa melahirkan bayi


Berelaks semasa melahirkan bayi memberi sama manfaat seperti aktiviti lain dalam kehidupan seharian:

• Berehat mencegah otot anda dari keletihan terutamanya otot besar di uterus (rahim).

• Ia membantu anda menangani tekanan dengan lebih baik dan membolehkan anda mengalami pelahiran dengan lebih baik.


• Ia membantu anda menyimpan tenaga, supaya anda mempunyai tenaga untuk melahirkan bayi.

• Ia membantu anda berkomunikasi dengan lebih baik bersama orang yang menjaga anda dan membolehkan anda memahami apa yang mereka hendak sampaikan kepada anda.

Sesungguhnya, berehat adalah sama penting untuk bayi dalam ia menghadapi pelahirannya. Jika anda berelaks, anda tidak akan melandakan sistem bayi anda dengan hormon tekanan yang boleh mempercepatkan kadar denyutan jantungnya. Berelaks secara berterusan juga bermakna bahawa anda akan menarik nafas dengan lebih dalam, dan dengan itu bayi anda akan mendapat lebih oksigen.

Bolehkah seorang itu relaks semasa pelahiran?


Ia bukannya mudah tetapi beberapa teknik mudah akan membantu, terutamanya jika anda mendapat sokongan kasih sayang daripada rakan pelahiran anda. Mendapat sokongan yang baik semasa pelahiran adalah satu faktor yang paling penting dalam menentukan pengalaman pelahiran yang positif bagi wanita, di samping hasil positif bagi bayi anda.

Anda mungkin mendapati ianya sukar untuk relaks semasa kontraksi, tetapi ingatlah bahawa kebanyakan wanita tidak berasa sakit dan sebaliknya agak selesa di antara kontraksi. Ini adalah masa yang terbaik untuk memeriksa badan anda, terutamanya bahagian yang sudah menjadi tegang dan relakskanlah bahagian itu (rujuk Kenali badan anda di bawah). Rakan anda boleh membantu anda dengan mengurut dan dengan menenangkan serta memberi anda galakan. Fokus ke atas pernafasan semasa kontraksi dan pernafasan antara kontraksi juga akan membantu.

Di beberapa negara seperti di UK, sesetengah wanita mendapati bahawa pelahiran dalam air adalah sangat menenangkan. Di Malaysia, kemudahan ini terdapat di Pusat Perubatan Pantai di Kuala Lumpur dan Island Hospital di Pulau Pinang.

No comments: