Minya kelapa dara adalah minyak terbaik
di dunia yang berkhasiat memulihkan dan memberi perlindungan dari
berbagai penyakit. Minyak kelapa dara kaya dengan asid laurik, satu
struktur molekul rantaian asid lemak sederhana yang unik, berciri
anti-virus, anti-bakteria dan anti kulat. Asid laurik yang sama boleh
didapati dalam susu ibu sebab itulah bayi yang diberi susu ibu mempunyai
sistem imun yang lebih tinggi berbanding bayi yang tidak diberi susu
ibu. Untuk mengekalkan kesihatan yang baik, orang dewasa disarankan
minum 2 hingga 3 sudu minyak kelapa dara setiap hari.

Paling penting, bagi bakal-bakal ibu,
minyak kelapa dara telah digunakan sejak beratus tahun sebagai penawar
semulajadi untuk persediaan memudahkan proses bersalin. Penggunaan
minyak kelapa dara amat disarankan bagi ibu-ibu mengandung untuk disapu
dan urut pada kawasan perineum supaya kawasan tersebut lembap dan
lembut, juga diminum beberapa minggu sebelum melahirkan.
Langkah-langkah ini untuk membantu memudahkan proses melahirkan tanpa
sebarang koyakkan faraj. Minyak kelapa dara juga boleh diguna untuk elak
rekahan kulit dan elak sembelit sebelum dan selepas bersalin. Kesannya
memang menakjubkan!
Minyak Kelapa Dara TANAMERA berkualiti
tinggi kerana diproses cara tekanan. Kami sarankan bakal ibu mula guna
minyak kelapa dari minggu ke30 kehamilan.
Berbagai Kegunaan:
Penggunaan semasa Mengandung:
- Untuk elak rekahan kulit.
- Untuk mudahkan proses bersalin tanpa koyakan faraj.
- Untuk elak sembelit.
Penggunaan selepas bersalin:
- Untuk pudarkan rekahan kulit.
- Untuk melembab dan mencegah kekeringan pada puting dada.
- Untuk elak sembelit.
- Untuk urut bayi dan elak ruam lampin.

No comments:
Post a Comment