Wednesday, August 1, 2012

CARA MEMAKAI TAPEL DI PERUT DENGAN BETUL

FIRMING HERBAL BLEND PASTE – 14 SACHETS X 15

A traditional paste made of a blend of tropical herbs to help strengthen and firm stomach muscles from the inside out. Use with the abdominal wrap ( bengkung ) for more effective results.

Benefits of TANAMERA Firming Herbal Blend Paste

  • Promotes release of water retention.
  • Stimulates blood flow to the abdominal area and tones loose abdominal skin.
  • Strengthens and firms stomach muscles.
  • Reduces blemishes and dark spots that may appear on the abdomen.

Ingredients

Rice/BerasGinger/HaliaJava tumeric/Temu lawakPulasari wood/Kayu pulasariCinnamon/Kayu manis
Nutmeg/Buah palaCloves/Bunga cengkihVegetable hummingbird/Kacang turiTamarind peel/Asam kepingCumin/Jintan putih
Anise/Jintan manisCardamom/Buah pelagaKaolinGlutinous rice/PulutBaking soda

Instructions

Start from Day 5


Step 1: Mix 4 tablespoons of warm water to 1 sachet. Mix to a thick paste.Step 2: Apply paste onto abdominal area. Spread evenly.
Step 3: Cover with a thin cloth before wearing the abdominal wrap, to prevent soiling of wrap.

Sunday, July 29, 2012

PEMAKANAN KETIKA BERPANTANG

Pemakanan ketika Berpantang

Makanan ketika dalam pantang untuk meningkatkan tenaga

Kehidupan dengan bayi baru lahir adalah memenatkan. Adalah agak sukar untuk mendapatkan rehat dan senaman yang mencukupi. Dan juga sukar untuk makan dengan baik.

Tetapi adalah penting untuk anda menjaga diri anda. Pilihlah makanan yang sihat dan ikutilah strategi-strategi pemakanan yang mudah membantu anda bertenaga sepanjang masa.

Mulakan dengan diet yang seimbang. Minum air yang banyak dan cuba cari masa untuk duduk dan makan. Berikut adalah strategi-strategi untuk meningkatkan tenaga anda dari makanan anda :

Mulakan sarapan pagi anda dengan makanan berprotein seperti telur dan yogurt dan karbohidrat yang kompleks seperti roti 'whole wheat' dan bijiran adalah pilihan sarapan yang baik berbanding karbohidrat yang mudah atau gula.

Untuk sarapan yang baik, makanlah yogurt, semangkuk oatmeal atau bijiran penuh serat atau ‘scrambled eggs’ dengan roti bakar 'whole wheat'.

Karbohidrat yang mudah menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat dan kemudian menurun mendadak, menjadikan anda berasa mengantuk.

Karbohidrat yang kompleks memberikan anda tenaga yang lebih dan menyebabkan anda lebih kenyang kerana ianya mengambil masa yang lama untuk hadam dan memberi lebih khasiat dalam bentuk vitamin dan mineral.

Sarapan yang tinggi protein dan karbohidrat kompleks adalah penting tetapi kebanyakan orang melakukan yang sebaliknya.

Tukarkan cara pemakanan dari 3 kali makanan yang berat kepada 5 kali makanan yang lebih ringan sepanjang hari untuk meningkatkan tenaga anda. Ini menetapkan tahap tenaga anda pada tahap yang sama sepanjang hari berbanding turun naik di antara kenyang dan lapar.

Tiada siapa yang suka memakai semula pakaian mengandung selepas kelahiran bayi. Walaupun anda mungkin kecewa dengan penurunan berat badan yang perlahan ketika dalam pantang, ia bukan masa yang sesuai untuk mengelak daripada makan atau memotong secara mendadak kalori yang diambil. Ianya adalah masa untuk mendapatkan semula kekuatan daripada risaukan masalah berat badan.

Apabila bekalan susu sudah stabil dan anda telah pulih sepenuhnya dari mengandung dan bersalin; dan anda telah diberi kebenaran oleh healthcare provider, bolehlah anda mula menurunkan berat badan anda perlahan-lahan.

Bagi ibu yang menyusu anak, kehilangan berat badan yang terlalu cepat boleh melepaskan toksin yang tersimpan dalam lemak badan ke susu badan.

Dalam beberapa minggu pertama selepas bersalin, kekurangan air akan menyebabkan kepenatan dan mengantuk yang anda alami semakin teruk. Oleh itu, minum air dengan banyak dan ini boleh mengekalkan tenaga.

Jika anda menyusu badan, beberapa minggu pertama akan menjadikan anda amat dahaga. Jadi, pastikan anda minum dengan banyak.

Adalah lebih mudah untuk meminum kopi apabila anda kepenatan atau mengambil cokelat ketika anda lapar untuk mendapatkan tenaga dengan segera.

Tetapi berhati-hati. Bergantung kepada minuman berkafein atau makanan bergula, boleh memberi anda tenaga dengan cepat tetapi selepas itu anda akan menjadi lebih penat dari sebelumnya.

Seperti yang diterangkan di atas, karbohidrat kompleks seperti roti whole grain, kekacang dan sayuran atau protein seperti daging, telur, makanan asas soya akan menetapkan tahap gula yang lebih stabil.

MENU SIHAT WANITA BERPANTANG









Wanita berpantang seringkali keliru apa makanan yang sesuai diambil ketika tempoh berpantang. Megekalkan diet seimbang adalah sangat perlu agar zat yang sepatutnya diambil untuk memulihkan tenaga. Jelas sekali wanita selalu dimomokan dengan mitos tidak ambil makanan seperti sayur nanti sejuk dan bentan (masuk angin).

Masih ada pilihan, kerana pada zaman dahulu, isteri Nabi Adam iaitu Siti Hawa mengamalkan kurma dan susu kambing. Susu kambing untuk memberi khasiat tenaga dan penambah susu badan. Manakala kurma untuk melawaskan penghadaman.

Antara kaedah masakan yang sesuai untuk wanita berpantang ialah, merebus (sup), memangang dan stim. Elakkan makanan berminyak, bergoreng, berlemak dan bersantan. Pengambilan menu sihat begini bagus untuk memulihkan badan dan juga menurutkan berat.

Sunday, July 22, 2012

ABOUT TANAMERA

Set Tanamera terddapat 11 produk iaitu

1.HERBA PEMBERSIH WANITA
2.HERBA MANDIAN
3.MINYAK URUT HERBA
4.TAPEL
5.BENGKUNG
6.TEH HERBA
7.PILIS
8.LULUR BADAN HERBA
9.MINYAK KELAPA DARA
10.SABUN MANDI HERBA
11.AIR BUNGA LAVENDAR





1. Virgin coconut oil (VCO): utk melembabkan kulit supaya elak stretch marks, sapu kay perineum dr masa 24 minggu pregnany utk melembabkan kulit dan senang buka (dilate) waktu bersalin supaya kurangkan pengoyakan, minum 1 sudu makan 4 minggu sblm EDD sbg selusuh.


2. Brown soap : utk mencerahkan kulit sbb ia macam scrub, boleh kurangkan tompok2 hitam/pigmentation yg disebabkan hormon...selalunya kat ketiak, leher, kelengkang, perut. Utk effect paling bagus, sapu VCO kat badan selepas mandi dgn Brown soap, utk kulit yg lembut, halus dan cerah...




3. herbal massage oil : utk kurangkan water retention/sembab, esp kat kaki. utk kurangkan sakit2 kat pinggang, bahu esp bila badan semakin besar...



4- lavendar spray: utk menyegarkan badan secara natural, menenangkan fikiran, kurangkan stress dan membantu ibu2 mengandung tidur dgn lebih lena....

VCO kaya dgn lauric acid. Susu ibu kaya dgn Lauric acid. Lauric acid membantu memperkuatkan sistem imun. Kami sarankan ibu2 mengandung minum VCO 2 -3 minggu sblm EDD utk improve quality susu ibu.Oleh itu, kami menggalakkan semua ibu2 minum VCO sblm bersalin tak kira delivery secara normal ataupun caesar.Utk effect paling bagus, mandi dgn sabun brown soap yg terdapat dlm set bersalin Tanamera dan selepas lap kering bada, apply VCO kat whole body, esp kat perut, pinggang, peha dan breasts,

uniknya set tanamera ialah kami sediakan set mandian yg kebiasaanya tidak terdapat dalam sesetengah set berpantang lain. Set Tanamera juga bukan sejenis JAMU dan juga tidak panas serta sesuai untuk baby dan ibu2 tidak perlu menelan kapsul bagi mengelakkan baby terkene kuning atau penyakit2 lain .

Set bersalin Tanamera kami ada produk2 yang puan boleh guna dari 3mth iaitu coconut oil untuk mengelakkan stretch mark , masuk 6 bulan nanti puan boleh guna utk perineum massage supaya mudah bersalin . Kami ada sabun herba yg u boleh guna sekarang utk hilangkan hitam2 dilehe/perut dan sebagainya , dan lavendar spray utk destress puan.Minyak herba pun puan boleh guna utk sapu dikaki sebagainya utk hilangkan lenguh2

3.Set bersalin Tanamera dirumus khas untuk ibu-ibu yang mencari set bersalin tanpa jamu kerana jamu mungkin terlalu panas dan boleh membahayakan baby.

Dalam set bersalin Tanamera terdapat Teh Herba yang mengandungi ramuan dan bahan yang merangsangkan susu ibu.Set bersalin Tanamera lengkap dengan produk-produk untuk penjagaan semasa mengandung, untuk mengelak stretch marks, memudahkan bersalin dan penjagaan & rawatan dalam pantang, untuk pulih sepenuhnya dan segar semula.Set bersalin Tanamera mengandungi 11 produk yang dibuat daripada 100% ramuan semulajadi, berasaskan tumbuhan dan minyak, tanpa bahan kimia dan pengawet untuk membantu ibu-ibu yang mengandung dan yang baru bersalin pulih sepenuhnya, dalaman dan luaran, seimbang dari segi hormon dan fizikal

Set tanamera mengamalkan "MESRA PENYUSUAN IBU" yang mana tidak mengandungi jamu dan juga tidak panas untuk ibu dan juga baby.set tanamera boleh digunakan semasa hamil hingga berpantang. Set Tanamera lengkap untuk luaran dan juga dalaman. set ini tidak mengandungi kapsul untuk ditelan oleh ibu2.teh herba sesuai untuk diminum bagi memperbanyakkan susu ibu dan juga untuk mengecutkan rahim kita dan untuk kesihatan dalaman.

Nak share kan ngan ibu2 pengalaman sis serina :- mengunakkan set bersalin Tanamera sepanjang tempoh berpantang,



Kebetulan i adalah duta kpd produk ni rasa sgt berbeza dr anak pertama, krn dulu i guna set jamu, kesian my son cirit sbb panas dan kena demam kuning, but for Isabella dia sihat sgt, dan bertuah sbb susu badan pun melimpah limpah sbb i minum herbal tea dlm set ni, yg menggantikan jamu, mempercepatkan rahim kecut, bengkung nya selesa, bila badan rasa penat dan lesu serina mandi dgn herbal bath dan herbal soap, terus rasa badan segar, yg penting tapel ny hebat! Sapu di perut sebelum bengkung, cpt perut i kempis! minyak kelapa dara dlm set ni bantu serina mudah melahirkan baby, i minum mcm selusuh bila dah sakit2, dan sapukan di kws private part,syukur senang je licin keluar baby,Tq so much Tanamera, manjakan lah diri anda ibu2 setelah penat bwk perut 9 bulan.


Ini adalah cara penggunaan nya utk rujukkan kowang . waaaaahhh bagus kan ada cam nih atleast tahu nak buat apa kan




Harga : MALAYSIA RM360.00..
SABAH SARAWAk RM375.00
incl postage

email: singgahselalu_azie@yahoo.com
cara pembelian: boleh ke https://www.facebook.com/pages/Set-berpantang/249720121740555dan tinggalkan mesej or leh pm kat wall dan leh add YAYA

telefon: 0197683958 (rozita)

Monday, July 2, 2012

Dynas Mokhtar, Actress/Model/Business Owner/Maternity and Nursing wear designer

Hello semua… I must must share this with you all.. Especially to the expectant mothers… Sebab I really really LOVE the Tanamera Postnatal Care Set, and because I love it so much, I also thought I should sell it at DnA. I’ve been using the set since the middle of my first pregnancy. And I must say, Tanamera Post Natal really sesuai for me. A few months ago, I was getting migrane sebab tak cukup air or tidur (especially masa tengah design Raya breastfeeding wear last year). I tak suka makan ubat/panadol banyak banyak, so I tried a few calming tea and minyak from the Pharmacy. But that didnt work. Then I tried this Lavendar Floral Water… I totally LOVED IT…It works very well for me, I even bring it along with me in my bag. So kalau dalam jam masa panas terik, Dynas spray a little bit on me and around me and inhale the mist… And then, wah-lah, my brains are active again! My other favourite product from the Set is the Coconut Oil. When I was pregnant with Khyra, I used this to help ease the delivery process by helping with the dilation. Kalau orang Melayu, the statement we use is “supaya senang bukak”. Dulu masa dynas mengandung kan Khyra, dynas try banyak products.. From mothercare to bio oil etc, tapi the kesan is not as good as this one! I tried the Tanamera Virgin Coconut pressed oil, and alhamdulillah, so far no stretch marks… If only I used this before. Memang I ade products nie masa pregnant with khyra, tapi, at that time, because I dah try banyak other products, I felt like penat nak try product lain. Macam tak larat dah at that time to concentrate on reducing the stretch marks, apatah lagi nak “stop” the stretch marks kan… So anyway, again, tanamera products have made me smile..hehehehe Mother’s to be, or even mothers yang baru melahirkan (or even dah ade anak 2 tahun), you can try this product. Alhamdulillah, with the right pantang and thanks to Tanamera products (before and after birth), cepat for me to be back on my feet and senang nak jaga pantang.


Serina Redzuawan, Tanamera Postnatal Care spokesperson, 28 yrs old…during confinement


Salam, hi how are you doing hot mummies? I just want to share pengalaman Serina masa dalam labour room, syukur sangat dengan adanya Tanamera Virgin Coconut Oil. Serina bersalin sangat mudah dan smooth je baby keluar.

I suruh my Gynae, Dr Seri Suniza dari Prince Court Hospital, sapukan bahagian private part (perineum), masa I dalam labour. And you know what? Jahitan pun kena sikit je, hari pertama bersalin, Serina boleh jalan macam orang normal. Semua tetamu yang visit terkejut nampak I relax je, takde pun jalan berkepit, siap muka segar dan ceria lagi! That’s why penting ikut betul-betul aturan penggunaan set bersalin Tanamera ni. U will get the best result! Thanx so much

Serina Redzuawan, Tanamera Postnatal Care spokesperson, 28 yrs old..during pregnancy.

Sebagai duta dan pengguna Set Bersalin Tanamera, produk ni memang cukup lengkap untuk rawatan dan penjagaan dari masa mengandung hinggalah selepas bersalin. Setiap ibu yang mengandung perlu menjaga dan memanjakan diri kerana dalam tempoh 9 bulan ni sangat stress, dan tubuh badan pun jadi lesu.

Serina mula menggunakan Set Bersalin Tanamera sejak dari 3 bulan pertama mengandung, bermula dengan menyapu Minyak Kelapa Dara Tanamera dibahagian perut, peha dan payudara untuk mengelakkan regangan kulit. Ia sangat berkesan, walaupun perut makin membesar tapi tidak ada kesan regangan langsung.

Bila kandungan Serina masuk 5 bulan, berat badan bertambah dan kaki rasa lenguh dan kebas, jadi Serina sapukan Minyak Urut Herba supaya darah berjalan lancar, alhamdulilah kaki dah tak bengkak lagi.

Serina dah tak sabar nak guna produk-produk lain dalam Set Bersalin Tanamera yang dirumus khas untuk digunakan masa dalam pantang nanti, seperti herba pembersih wanita, herba mandian, tapel, bengkung, pilis, teh herba dan lulur supaya Serina boleh pulih dan segar secepat mungkin. Bila kandungan masuk 9 bulan nanti, Serina akan mula minum Minyak Kelapa Dara Tanamera, sebagai minyak selusuh untuk memudahkan bila saya bersalin!.


Tuesday, February 21, 2012

TEKNIK MENERAN SEMASA INGIN BERSALIN

Mummy iman nk kongsin teknik pernafasan sewaktu ingin meneran untuk ibu2...joommm nengok tekniknyeeee

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama semasa permulaan dan penghujung suatu kontraksi, anda dikehendaki bernafas secara dalam dan tetap. Masuk melalui hidung dan keluar melalui mulut. Ketika kontraksi berada dikemuncak, cuba pernafasan yang lebih ringan dan cetek. Kedua-dua pernafasan sepatutnya melalui mulut. Jangan lakukan terlalu lama bagi mengelakkan anda berasa pening (hyperventilation).

Teknik pernafasan peringkat Transisi

Sekiranya anda berasa hendak meneran terlalu awal, sebutlah “huf, huf, tuip” kepada diri anda sendiri sambil mengambil dua pernafasan masuk dan keluar yang pendek, diikuti satu hembusan yang panjang. Apabila desakan untuk meneran hilang, hembuskan keluar nafas yang lembut dan tetap.

Teknik pernafasan peringkat kedua

Ketika hendak meneran (ia mungkin berlaku beberapa kali setiap satu kontraksi), tarik nafas yang dalam dan bertahan untuk satu masa yang singkat ketika anda menekan ke bawah. Adalah penting untuk melakukan gerakan dan pernafasan mengikut kehendak badan anda. Ketika meneran, ambil beberapa nafas tenang yang dalam. Apabila kontraksi reda, rehatkan diri perlahan-lahan.

Teknik Meneran

Sebelum ini, mungkin kita menjangkakan hanya ibu yang terpaksa bekerja keras mengerah sepenuh tenaga untuk memastikan bayinya selamat dilahirkan. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah sama sekali. Semasa peringkat pertama kelahiran, bayi dalam kandungan akan berputar untuk mencari jalan kelahiran. Manakala peringkat kedua kelahiran pula uterus akan mula menolak bayi keluar begitu juga si ibu. Dalam pada itu, bayi juga menolak dirinya keluar dari jalan kelahiran. Oleh itu memilih kaedah meneran yangs esuai dapat membantu melancarkan proses kelahiran. Ikuti beberapa tekbik meneran yang lazim digunakan dalam bilik bersalin.

“Overwhelming Urge“

Teknik meneran ini merupakan teknik yang tidak terkawal. Ada kalanya anda tidak perlu meneran apabila berlakunya kontraksi kerana pembukaan rahim masih belum terbuka dengan sempurna (10cm). Namun, setiap kali berlakunya kontraksi anda mungkin tidak mampu mengawal keinginan untuk terus meneran. Sekiranya tidak mahu berlaku sebarang koyakan, meneranlah sekuat hati setelah mendapat keizinan dari doktor. Tarikan graviti pada posisi semula jadi mungkin akan membantu ibu melahirkan bayi. Namun ada juga kemungkinan graviti tidak mampu meningkatkan tekanan atau desakan sekiranya kelahiran berlaku terlalu cepat.

“so-so urge“

Si ibu mungkin mempunyai keinginan untuk meneran setiap kali datangnya kontraksi atau ketika kontraksi berada di kemuncak. Bagaimanapun desakan ini mungkin juga berlaku pada peringkat awal fasa kedua yang mana bayi masih belum mencecah saraf-saraf yang menghantar isyarat agar si ibu mula meneran dengan kuat (overwhelming urge).

“No Urge“

Hampir sama seperti so-so urge, kali ini ibu tidak mengalami desakan, oleh itu posisi yang tepat semasa bersalin dan masa adalah jalan terbaik untuk membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah meneran semasa proses kelahiran.

Teknik spontan

Kaedahnya amat mudah, si ibu hanya mengikut gerak bahasa tubuhnya dan akan meneran jika dia merasakan dia perlu untuk berbuat demikian. Ibu-ibu yang mempraktikan kedah ini biasanya tidak akan menahan nafas lebih dari 6 saat yang sekali gus menyalurkan lebih banyak oksigen kepada bayinya. Istimewanya kaedah ini banyak membantu mengurangkan tekanan pada ibu dan bayi, malah ia membantu menyingkatkan proses kelahiran. Secara umumnya, ibu yang mengikut naluri sebelum meneran harus menahan nafas untuk satu tempoh masa yang singkat dan merehatkan tubuh badan. Ingat, bahagian uterus akan membantu anda meneran walaupun anda tidak berbuat apa-apa.

Teknik Purple Pushing

Mengapa ia dipanggil Purple Pushing, ia kerana wajah ibu digambarkan seolah hampir kebiruan dengan mata yang besar cuba untuk menahan nafas sambil meneran hingga kiraan 10 berakhir. Teknik ini semakin popular, ia banyak membantu para ibu yang tidak mampu ‘mentafsir’ bahasa tubuh agar meneran dengan efektif. Teknik ini bermula dengan menarik nafas dalam-dalam, melepaskannya, menarik nafas semula dan tahan nafas tersebut, bongkokkan sedikit badan dan meneran seiring dengan kontraksi. Sementara itu, suami atau jururawat akan menjarit “PUSH!” dan mengira hingga angka 10 sebelum anda melepaskan semula nafas. Ulang teknik yang sama sehingga bayi selamat dilahirkan.

Teknik Laboring Down

Kaedah ini pula popular digunakan oleh doktor dan jururawat terhadap ibu-ibu yang disuntik epidural. Caranya mudah sahaja, biarkan tubuh meneran secara semulajadi tanpa perlu tolakan yang aktif dari anda. Biarkan sehingga kepala bayi mula kelihatan. Cara ini adalah lebih baik dan kurang meletihkan, malah sesuai dipraktikan oleh si ibu yang tidak mampu meneran

Monday, February 20, 2012

SENARAI BARANG PERLU BI BAWA KE HOSPITAL

ibu2 yg baru pertama kali nak bersalin biasanya mesti nak tau kan barang ape yang nak dibawak ke hospital..macam mummy iman lah dulu..xtau nak bawak ape..n kenelah tanya mak ape yang perlu di bawak...so list nye masih ader lagi...mummy iman nk share ngan bakal mama2 di luar sane.jommmm..........

Diri Sendiri
• 1 helai tuala mandi
• kertas doa semasa bersalin
• 3 keping tuala wanita bersalin
• 2 helai baju blaus butang depan
• 2 helai kain batik
• 2 pasang stokin
• skirt labuh (untuk waktu balik)
• 3 helai coli khas untuk menyusu
• 3 pelapik coli
• 5 helai seluar dalam pakai buang
• sikat
• berus gigi dan ubat gigi
• sabun mandi, bedak, deodoran
• tudung
• bengkung
• flask air
• minyak panas

Baby's
• sepasang baju lengan pendek (keluar hospital)
• 2 helai diapers
• 2 pasang booties & mittens
• selimut baby (untuk bedung)
• sehelai tuala mandi
• sepasang baju lengan panjang (spare takut sejuk)
• baby's toiletries
• 2 helai barut
• sapu tangan (takut muak)

Abang
• kamera + charger bateri
• sijil nikah (original & fotostat)
• ic (original & fotostat suami isteri)
• sepasang baju salin
• kain pelikat + kopiah
• duit bayar bil hospital
• berus gigi, deodoran
• handphone + charger
• extra top up
• surat GL (kalau government worker- spare)

pas 2 nak masuk labour room..sediakan satu baju baby,bedung n barut baby..untuk kite bawak baju n kain batik ....


Tuesday, February 14, 2012

Duta Produk

nilah duta produk kami, now,serina pun sedang gunakan bende ni..dia pun berpuas hati dengan produk ni.mahal tapi untuk kesihatan xsalahkan.

TANAMERA POSTNATAL CARE SET

hai semua lame xjumpekan...busy dengan hari2 bekerjakan.menguruskan iman lagi.heheheh ..so dah dapat masuk sini.saje nk share ngan kawan2 ..mummy iman skang ngah sebok dok meniaga.meniage ape?..mesti nak tau kan...meniaga set bersalin untuk ibu2 yg bakal berpantang.set ni kalo nampak hasilnya...sebab tulah mummy iman berani jual.kalo x...xnklah den.heheheh ..produk ni bagus sangat sesuai untuk ibu2 yg menyusukan baby sepenuh masa.sebab die bukan jenis jamu.dia jenis herba so sesuailah untuk baby.

dalam produk ni ade 11 jenis tau...so boleh digunakan semasa pregnant lagi..lg2 untuk hilangkan strechmark n untuk memudahkan bersalin.tapi yang best ada minyak untuk memudahkan bersalin, untuk hilangkan sakit2 badan dan teh herba untuk kembali bertenaga dan juga menambahkan susu serta untuk kesihatan dalaman.nk cite banyak pun xbest ..t mummy iman upload pic lah k..Tarazzzzzzzzzzzzz nilah produknye




Tuesday, August 16, 2011

TIP BERPUASA SEMASA HAMIL


Adakah selamat jika saya berpuasa semasa hamil?

Hanya terdapat beberapa kajian perubatan yang telah mengkaji mengenai kesan berpuasa, tetapi nampaknya secara am, berpuasa semasa kehamilan memangnya selamat.

Berikut adalah perkara yang kami pasti:

  • Beberapa kajian telah mengkaji tentang berat kelahiran. Adalah didapati bahawa tiada perbezaan antara bayi yang ibunya berpuasa dengan bayi yang ibunya tidak berpuasa.
  • Beberapa kajian telah mengkaji IQ bayi dan mendapati tiada perbezaan.
  • Beberapa kajian menguji sampel darah daripada ibu yang hamil di mana perubahan dikesan. Walau bagaimanapun, perubahan ini tidak membahayakan ibu-ibu tersebut. Kajian ini membuat perbandingan berat kelahiran dan mendapati tiada perbezaan.

Wanita yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih baik. Namun, ini juga bergantung kepada pelbagai faktor lain seperti:

  • Peringkat kehamilan anda - seringnya wanita dalam trimester kedua boleh bertahan paling baik.
  • Kesihatan anda sebelum kehamilan.

Apakah amalan lazim wanita lain?

Pelbagai perkara – dan kemungkinan majoriti – wanita Islam yang hamil akan memilih untuk berpuasa semasa Ramadan. Beberapa kajiselidik menunjukkan 70 peratus wanita akan memilih untuk berpuasa.

Khususnya semasa trimester kedua kehamilan, apabila kebanyakan ibu merasa lebih selesa, jika dibandingkan dengan trimester pertama dan kedua, dan asalkan anda sihat, anda sudah tentu boleh berpuasa pada bulan Ramadan.

Namun begitu, Islam membenarkan ibu yang hamil untuk tidak berpuasa sekiranya merasakan bimbang bahawa puasa itu akan membawa kesan tak baik atas ibu atau bayi, dengan syarat ibu menggantikan puasa itu kemudian, setelah bayi dilahirkan. Ibu yang mengalami diabetis semasa hamil mungkin perlu bertanya kepada doktor mereka dahulu. Bincanglah dengan keluarga, doktor anda dan pakar agama yang dipercayai untuk membantu anda mempertimbangkan semua pilihan yang terbuka.

Adakah sesuatu yang saya perlu berbuat sebelum berpuasa?

Rancangan yang baik akan memudahkan anda berpuasa.

  • Berbincanglah dengan majikan anda mengenai tugasan anda semasa Ramadan. Sesetengah syarikat mengurangkan waktu operasi dan waktu bekerja pada bulan ini.
  • Persediaan awal seperti membereskan beli-belah dan tugasan tertentu dilakukan sebelum berpuasa.

Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa?

Pastikan anda menikmati pelbagai makanan yang sihat dan banyak minum apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.

  • Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan – seperti buah kurma, kacang dan lentil – untuk berbuka puasa.
  • Elakkan makanan bergula yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat – ia juga akan menurun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti mahu pengsan dan pening kepala.
  • Pastikan anda mendapat protin secukupnya daripada kacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protin diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
  • Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.

Adakah terdapat tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui?

Hubungi doktor anda jika:

  • Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
  • Anda loya atau mula muntah.
  • Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
  • Anda berasa sangat dahaga atau urin anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
  • Anda mengalami kesakitan seakan kontraksi bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
  • Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
  • Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.

Baca dengan lebih lanjut mengenai simptom kehamilan yang mesti anda ketahui.

Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil?

Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:

  • Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
  • Elakkan berjalan jauh dan membawa barangan berat.
  • Sentiasa tenang – anda boleh teryahhidrat dengan cepat dan ini akan membahayakan bayi anda.
  • Kurangkan kerja rumah dan lakukan seminima yang mungkin.
  • Dapatkan tip dan saranan mengenai bagaimana menghadapi puasa semasa hamil daripada wanita dalam keluarga anda.
  • Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka.

Secara amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika diberikan. Walau pun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin gemar tidur lewat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan dengan tenang dan mendapat rehat yang banyak.

Saya masih kurang pasti sama ada saya perlu berpuasa atau tidak; apa yang perlu saya lakukan?

Berbincanglah dengan keluarga, doktor atau ahli agama sebelum membuat keputusan.

sumber : http://www.babycenter.com.my

Monday, July 18, 2011

AHAD (iMAN G Wedding)


Iman n kak ain

Iman n papa

Iman: Iman xnk mik gambar lah mama

Iman n kak ain

Tito(dalam perjalanan nk pi Batu Pahat )

bile iman dah mandi...so mama pun siap2 kan iman nk pi wedding at Batu Pahat plak....Dalam Perjalanan pun die tito gak...Wah bukan men sonok lagi bile sampai kat wedding sebab kak ain n kak aina die ade....

Wednesday, July 13, 2011

KENE TINDIH WAKTU TIDO

U all penah dengar ceite kene tindih mase ngah tido x..mesti penah dengarkan ....so mama iman dah kisahnye....mama iman penah kene 2 kali..tahun lepas sekali n tahun ni sekali..berlaku pada minggu lepas,Mase tu mama iman n papa iman serta iman tido kat ruang tamu..mase mama iman ngah tido..terasa sesuatu yang menghempap sampai susah nak nafas.pastu mama iman kejutkan papa iman, papa iman xbangun....sampai sesak nafas dibuatnya.Pas tu mama iman baca ayat kursi baru lega sikit....bile mama iman bangun tengok jam pukul 2.00pagi...so mama iman ingat balik, tahun lepas kene pun pukul 2 jugak....jadi mama iman tertanye ape bende yang tindih kite tue...esoknye mama iman cite kat papa iman, Papa iman cakap..kalau nak tau bende yang tindih kite tu sebenarnya bukan besar mane pun...kecik je orang nye..Ye ke?....hummmm pelikkan ...kesimpulannya sebelum tido tu bacalah doa tidur, al-fatihah, berzikir untuk mengelakkan dari berlaku seperti ini.Kadang2 mama iman buat tapi bile dah ngantuk terus tido tu yang xbuat..

Ada lagi satu, untuk mengelakkan rumah kite dari dimasuk perompak atau kecurian, amalkan baca bismillahirahmanirahim sebanyak 21 kali sebelum...Insyallah akan dijauhi dari perkara yang tidak diingini.ni mama iman baca dalam buku agama...Lepas tu baca al-fatihah n beristifar astaqafirullahhalazim sebanyak 3 kali, subhanallah walhamdulilah wallahilahaiallahwallahuakbar pun sebanyak 3 kali jugak.....

MArilah kite berkongsi same2 yer......

Tuesday, July 12, 2011


ni iman ngah urut ...sebab pas jatuh katil dari buai
die sik merenggek je...tido xlena...n pas urut
malam 2 lena je die tido

ni pic mase balik dari kinik...lena die tito dalam kete

ok dah selesai cek mulut..pas ni doc bagi ubat k
n iman kene makan ubat tau..baru iman cepat chat

nurse tomey ni nk pegang iman....sebab nak suro iman bukak mulut

iman kene urut

iman ngah sabar menunggu giliran

iman dah mule xreti duk diam dah sebab lame sangat

yeeyyyyyyyyy iman dah nak masuk dalam dah.....
actually ni kinik ke dua kite orang pegi dalam satu hari cuz kinik
yang selalu pegi tue ..ramai sangat orang



dah lame msuk kat c nie..mama iman busy sikit skang nie...skang ni iman dah lasak dah...pas tue xreti nk dok diam plak tue....iman skang dah 7 bulan dah...mcm2 lah pangai baru yang die tunjukkan...yang terbaru iman jatuh dari buai.....malam kul 4.30pagi..mama iman terjage bile dengar iman nangis.sedar2 je die dah tersandar kat tiang besi buai...so mama iman pujuk die....n tito dengan mamanye....skang nie iman dah kene batuk balik...so mama iman bawak iman g kinik....jom kite layan pic iman g kinik....

Monday, July 4, 2011

iman g wedding






hari sabtu lepas mama bawak iman g wedding...mama pakaikan iman gaun ...wahhh bukan men xselesa lagi die..dah sampai kat wedding bile kwan nak mik die....die xnk plak pas tue nangis lak 2...

pas 2 bile papa ngan mam, iman pun sebok nak mam gak.so mama bagi iman minum air seuk...waaaa bukan suke lagi die..pas g wedding mama n papa bawak iman mam cendol kat extra larkin lak..pe lagi di pekene air soya lak ..papa suapkan iman soya..uii bukan men suke lagi..





bile die dah rimas so mama pun change pakaian die lak..n pas 2 mama bawak iman g jalan2 kat JUSCO TEBRAU...letak iman dalam kereta sorong.Mama bawak imann g kedai buku HARRIS..mase mama ngah sibuk dok belek2 novel, papa bawak die pusing.....papa ckp, die pelik kenape orang nengok kereta sorong iman...so papa nengok iman dah tito dah....mama pun beli dua novel.....bile dah siap bayar mama n papa bawak iman pusing2 kat JUSCO walaupun iman ngah tito...sejam pas 2 iman pun bangun...dah bangun iman mam susu plak....bile dah mam susu iman xnk dok dalam kereta sorong..cebook nak suruh orang dukungnye...itulah aktiviti hari sabtu..heheheh mekacih papa sebab bawak mama n iman jalan2.